Sunday, April 5, 2009

KAWASAKI GTR1400



Diperkenalkan kepada umum pada penghujung 2006, Kawasaki GTR1400 disebut-sebut sebagai The best sport touring bike. Ditenagai oleh engine 1400cc yang asalnyadigunakan untuk model ZZR1400cc yang ditala semula ianya bakal menjadi saingan hebat untuk Yamaha FJR1300 dan HONDA ST1300, ditambah pula oleh reka bentuk yang bolehlah disifatkan sebagai sebuah sport tourer sejati. Maka peminat-peminat motosikal jenis ini pasti menjadikan ianya sebagai pilihan utama dalam listing mereka.

Nama GTR sebenarnya telah pun diperkenalkan oleh Kawasaki lebih kurang 2 dekat dulu dimana ianya dikuasai oleh enjin berkuasa 997cc, sejukan cecair dari model lagenda GPZ900R,menggunakan sistem pacuan shaf, dan berkemampuan mengisi sehingga 28.5 liter petrol serta dilengkapi dengan kotak bagasi sisi yang besar ianya adalah sebuah model yang mampu menarik perhatian mereka yang suka mengembara, tambahan ketika itu ianya menggunakan meter digital yang dilengkapi jarak Perjalanan dan jam , antara teknologi yang dianggap amat istimewa waktu tersebut. Malah selepas beraksi semasa menjadi motosikal pengiring untuk perlumbaan basikal paling terkenal Tour De France ianya menjadi semakin terkenal, namun model GTR seakan tenggelam selepas model Kawasaki Voyager diperkenalkan tidak lama kemudian.namun apabila diperkenalkan kembali kepada umum, para pengemar motosikal segmen ini kembali teruja seperti semasa awal kemunculan model pertama dahulu.
Model sport Tourer dari Kawasaki ini dilengkapi dengan system pencegah kecurian iaitu Kawasaki Intelligent Proximity Activion Start System atau KIPASS yang direka untuk mencegah kecurian, ini membolehkan enjin dihidupkan jika kunci utama dan satu lagi kunci kedua yang dipanggil FOB yang mempunyai transponder didalamnya ada dalam jarak 5.25 meter dari motosikal. tanpa kunci kedua kunci utama tidak dapat diputarkan ke kedudukan penyala , namun kunci utama masih perlu digunakan untuk mengisi penutup tangki bahan api atau untuk membuka pelana motosikal. dengan system KIPASS ini motosikal dapat dilindungi dari kecurian jika kunci tertinggal selepas meninggalkan motosikal.
Luaran motosikal ini amat besar sekali, sesuai dengan kelasnya sebagai sebuah motosikal touring, rekabentuk lampu depan yang besar ini mencerminkan ianya sebagai sebuah motosikal moden yang amat menarik. Suluhan lampu utama ini amat terang, dan sudut suluhan nya boleh diubah-ubah mengikut kehendak pengguna, apa yang perlu hanyalah dengan memutarkan punat di bahagian panel meter. Manakala lampu belakangnya pula memberikan cahaya yang terang dan tampak moden.
Rekaan ekzos nya besar dan memanjang tetapi tampak moden, ini mengambarkan tenaga yang mampu dihasilkan dari enjin berkuasa 1400cc ini, Cuma jika ianya didua-dua belah pastinya ianya tampak lebih hebat. Apa yang paling menarik bagi motosikal jenis touring adalah dengan kehadiran kotak bagasi sisi yang mampu mengisi barangan peribadi penunggang dan pembonceng untuk Perjalanan jauh, ianya kalis air dan mampu memuatkan topi keledar penuh muka dengan mudah disamping pakaian . tambahan pula ianya boleh ditanggalkan dengan mudah, memudahkan penunggang membawa kotak sisi ini tanpa perlu mengeluarkan terlebih dahulu barangan didalamnya untuk dibawah ke bilik penginapan. Tidak cukup dengan itu anda masih mempunyai ruangan yang cukup untuk barangan kecil di ruangan yang disediakan di atas tangki petrol. Bukankah ianya cukup sempurna sebagai sebuah motosikal touring.
Pelana empuk motosikal jenis touring memang selesa, namun pelana untuk model ini amat empuk sekali dan mampu menjadikan tunggangan jarak jauh menyeronokkan. Pelana yang berketinggian 32.1 inci ini memudahkan penunggang mengendalikan motosikal ini, tidak perlu bersusah payah menjengket untuk mengubah kedudukan motosikal ini seberat308 kg ini. Tambahan pula motosikal yang tampak besar ini sebenarnya tetap langsing dan ini memudahkan penunggang dan pembonceng mengepit motosikal ini dan merasakan sebahagian dari motosikal ini, pendek kata , ianya memang sebuah motosikal touring yang amat selesa.

Dengan isipadu enjin 1400cc, ianya memang memberikan tenaga yang cukup kuat dan segar, menghasilkan sebanyak 155Ps pada 8,800rpm dan 136 Nm tork pada 6,200rpm anda pasti menjangkakan motosikal ini mungkin sedikit sukar ditunggang, jurutera Kawasaki bertindak bijak memudahkan tunggangan dengan melengkapi motosikal ini apabila menggunakan klac hidrulik dengan aksi terus dari silinder utama dan dengan Variable timing valve kuasa peringkat rendah dan pertengahan berjaya dipertingkatkan.
Walaupun dalam gear kelima, motosikal ini mampu ditunggang pada kelajuan rendah tanpa rasa tersentak- sentak.malah dengan hantaran tenaga yang sekata ianya mampu mencapai kelajuan melebihi 200km/h dalam masa kurang 12 saat. Namun sebagai sebuah motosikal jenis touring kelajuan paling selesa adalah sekitar 140km/h-160km/h, namun motosikal ini mampu sahaja dipacu melebihi itu, meter kelajuan menunjukkan ianya boleh dipacu sehingga 280km/h. Cuma terpulang sama ada anda berani atau tidak.
Motosikal ini mengunakan sistem pemacu syaf dengan sistem ‘tetra-Lever’ yang mampu mengurangkan keadaan tersentak-sentak ketika ditunggang laju dan memberikan pecutan yang sempurna. Dan ianya terbukti lebih lancar dan tidak memerlukan penjagaan berkala seperti pemacu akhir jenis rantai.
Motosikal ini menggunakan kerangka jenis aloi monococque yang 20% lebih tegar dan kuat berbanding ckerangka yang digunakan untuk model ZZR1400 dengan saiz tayra depan 120/70-17 dihadapan dan 190/50-17 dibelakang ianya menggigit permukaan jalan dengan kemas sekali, malah sebagai sebuah sport touring, ianya amat lincah untuk diajak bermain selekoh, apatah lagi bila dilengkapi dengan suspensi 43mm jenis terbalik dihadapan serta jenis Uni-trak dan Tetra-Lever dengan pelaras prabeban kawalan jauh yang memberikan kawalan yang jitu sekali.
Untuk menghentikan motosikal seberat 308 kg ini tidak langsung menjadi masalah , kerana dilengkapi dengan2 cekera hadapan jenis kelopak bersaiz 310mm angkup 4 omboh seta cakera tunggal kelopak bersaiz 270mm dibelakang, ianya dilengkapi denganABS yang memberikan kawalan dalam apa jua jenis cuaca. Malah yang lebih istimewa, model ini juga dilengkapi dengan slipper clutch yang menghalang tayar belakang mengalami gelinciran.
Kawasaki GTR1400 ini nampaknya telah menjadi icon motosikal segmen ini dan dengan ciri-ciri menarik yang ada, maka tidak hairanlah ianya bolehlah dianggap sebuah Super sport touring terbaik.

Spesifikasi GTR1400 Enjin: 4 lejang DOHC,16 injap VVT, 4 silinder sebaris, sejukan cecair
Isipadu: 1,352cc
Gerek x Lejang: 84.0mm x 61.0mm
Nisbah mampatan: 10.7:1
Kuasa Maksimum: 155ps pada 8,800rpm
Tork Maksimum: 136 Nm pada 6,200rpm
Sistem bahanapi: Pancitan bahanapi
Jenis nyalaan: Digital
Pemacu akhir: Syaf
Kerangka: monocoque aluminium ditimpa
Saiz tayar: 120/70ZR-17(d) , 190/50ZR-17(b)
Brek : 2x310mm berkelpak dengan angkup 4 omboh dihadapan, cekera tunggal 270mm berkelopak.
Suspensi: fork terbalik 43mm boleh laras dihadapan , uni-Trak dan Testa-lever dengan pelembab lantunan berterusan serta pelaras prabeban.




Selanjutnya...

Link Exchange

Followers

 

Touring Bike Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org